Saturday, August 29, 2009

8Ramadhan@Saturday@29Aug.09

[2day's word :
断食 = danjiki = puasa]
Bulan poser ni, oleh sbb suka no lewatkan sahur sbb xnak tido semula n then tinggal solat subuh...teringat lak e-mail sorang opis-mate ni :

---------------------------------------------------------------------------
Subjek : Perhatian utk sapa lewat sahur !! (jgn sampai terbatal puasa)

Perhatian untuk orang yang suka sahur lewat.

1. Rasullullah menganjurkan kita mencepatkan berbuka dan ta'akhir sahur.

2. Rasulullullah juga menganjurkan supaya kita berhenti sahur sekurang-kurang membaca 50 ayat Al Quran sebelum subuh.

3. Walaupun begitu kita boleh bersahur sehingga nyata benang putih dan benang hitam(naik fajar) - maksud Al Quran.

4. Hukum ta'khirkan sahur adalah sunat. Oleh itu ada orang makan sehingga waktu subuh atau dengar azan.

5. Untuk berjaga-jaga supaya sahur tidak terlajak masuk kedalam waktu subuh maka ulamak-ulamak falak di Malaysia telah menetapkan waktu imsak(menahan diri dari makan & minum) 10 minit sebelum sahur.

Saudara-saudari, baca dan renung baik-baik keterangan saya dibawah ini.

1. Dalam Takwim yang dikeluarkan oleh Majlis Ugama Islam Negeri Kedah ada Nota PERHATIAN - Waktu akhir tiap-tiap sembahyang ialah 5 minit sebelum masuk waktu sembahyang berikutnya.

2. Maknanya jika dalam Takwim menyatakan waktu Subuh pukul 5.50 pagi, waktu imsak telah tamat 5 minit sebelumnya iaitu pukul 5.45 pagi. Waktu subuh sebenarnya ialah 5.45 pagi. Justeru itu siapa yang masih minum pada pukul 5.47 bermakna ia telah minum selepas waktu subuh, maknanya dia tidak berpuasa lantaran jahil waktu taqwim(bukan jahil ugama).

Oleh itu : JAGA-JAGA JANGAN TAK PUASA. PUASA IALAH RUKUN ISLAM. ORANG YANG BERAMAL MESTI BERILMU, MESTI ADA ILMU MENGENAI AMALAN ITU.

Taarig puasa ialah : Menahan diri dari makan minum dan perkara-perkara yang membatalkan puasa dari naik fajar hingga jatuh matahari.

3. Kenapa Jawatankuasa Takwim tulis tiap-tiap waktu sembahyang lewat 5 minit?
Jawapan 1 : Dalam Seminar Falak Syarei di KUZA Terengganu pada tahun 1990 an (tak ingat tarikh tepat) waktu masuk waktu sembahyang hendaklah ditulis 5 minit lewat bagi menyelamatkan orang yang hendak solat awal, pada hal ketika itu mungkin ia memakai jam yang cepat 1 atau 2 minit.

Jika waktu sembahyang ditulis tepat seperti hakikatnya maka orang itu telah sembahyang padahal waktu belum masuk. Dia perlu sembahyang awal mungkin kerana nak pergi kerja cepat atau masalah lain, jadi dia sembahyang tanpa azan, tanpa iqamat, terus tengok jam dan sembahyang. Jadi sembahyang tidak diterima kerana belum masuk waktu.

Jawapan ke-2 : Kawasan sesebuah negeri itu kawasan yang luas. Contohnya Kedah. Kawasan paling timur ialah Baling dan kawasan paling barat Kedah ialah Yan. Baling terima matahari lebih awal dari Yan lebih kurang 2 minit, kerana matlak(longitude) Baling disebelah timur dan matlak Yan di sebelah barat. Takwim hanya menyatakan satu waktu sahaja iaitulah 5 minit lewat dari tempat tengah-tengah Kedah. Secara rambangnya Alor Setar. Sebab itulah kita tengok negeri disebelah timur kita berbuka puasa lebih awal dari kita.

Jawapan ke-3 : Dalam kiraan waktu sembahyang ahli falak mengira kepada 1 saat terhampir. Contohnya waktu subuh 5.45 pagi, mungkin kiraannya pukul 5 j 45 minit 20 saat( 5.45.20). Kita tak boleh tulis 5.45 kerana 5.45 belum masuk subuh. Waktu sebenar ialah 5.45.20. Oleh itu kita tulis 5.46 pagi hasil kiraan, kerana manusia melihat jam dan minit sahaja ketika mereka menggunakan masa. Kita tambah lagi 5 minit atas sebab-sebab diatas lagi. 5.46 + 5 minit jadi waktu subuh 5.51 pagi.

Kesimpulan : JANGAN LEWATKAN SAHUR SAMPAI TERKELUAR WAKTUNYA..!
-----------------------------------------------------------------------------

i guess - as always, apapun amalan yg kita nak buat, mesti dgn ilmu or else...jadik sia-sia adernya...^_^

No comments:

Post a Comment