Saturday, August 29, 2009

i love jokes n wisdom

Both jokes n wisdom kira mcm terapi minda gakla...it'll make u a become a better person or at least it'll lead u to understand something from diff side of view...well, it really works 4 me tho...
-------------------------------------------------
Tempe ku sayang..

Alkisahnya di sebuah desa di Jawa Tengah, ada seorang ibu yg kerjanya menjual tempe kat pasar setiap hari. Inilah satu2nya sumber pendapatannya utk menyara hidup.

Pada satu pagi, macam biasa, dia tgh bersiap2 nak pergi jual tempe. Tapi tetiba dia tersedar yg tempenya yg dibuat drpd kacang kedele (menurut bahasa Indonesia) hari tu masih belum menjadi iaitu baru separuh jadi. Dia pun berasa amatlah sedih sebab tempe yg masih belum menjadi mestila tak laku dan ini bermakna dia takkan dpt duit jualan utk hari tu.

Tengah dia bersedih tu, tetiba dia teringat bahawa Allah dapat melakukan perkara2 ajaib kerana tiada yg mustahil bagi-Nya. Lalu dia pun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa "Ya Allah, aku mohon kepada Mu agar kedele ini menjadi tempe, Amin ...." Begitulah doa singkatnya yg dipanjatkan dgn sepenuh hatinya. Dia sangat yakin yang Allah pasti mengabulkan doanya yg bersungguh2 tu.

Lalu dgn tenang dia pun menekan2 bungkusan bakal tempe tuh dgn hujung jarinya dan dia pun bukak sikit bungkusan tu untuk menyaksikan keajaiban kedele itu menjadi tempe. Tapi dia gamam seketika sebab kedele tu masih tetap kedele. Namun dia tak kecewa, sebaliknya dia fikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Allah.

Lalu dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi. "Ya Allah, aku tahu bahawa tiada yg mustahil bagiMu. Bantulah aku supaya hari ini aku dpt menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah ini tempe, Amin". Dengan penuh harapan dan debaran dia pun skali lagi bukak sikit bungkusan tu. Lalu apa yang terjadi ???????? ... Dengan berdebar dia melihat yg kacang kedele tersebut ?????? .... masih tetap begitu !!!!!!!

Sementara tu hari pun semakin siang dan tentunya pasar dah semakin ramai org. Si ibu ni tetap tak kecewa atas doanya yang belum terkabul. Bagaimanapun kerana keyakinannya yang sangat tinggi dia bercadang utk tetap pegi ke pasar membawa barang dagangannya tu. Dia berfikir mungkin keajaiban Tuhan akan terjadi masa perjalanannya ke pasar. Lalu dia pun bersiap-siap untuk berangkat ke pasar. Semua keperluannya untuk menjual tempe macam biasanya dah disiapkan.

Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa. "Ya Allah, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah ini tempe. Amin". Lalu dia pun berangkat. Di sepanjang perjalanan dia tetap tak lupa baca doa dalam hati.

Tak lama lepas tu dia pun sampailah di pasar. Dan macam biasanya dia pun ambik tempat untuk meletakkan barang dagangannya. Dia betul2 yakin yg tempenya sekarang mesti dah menjadi. Lalu dgn hati yg berdebar-debar dia pun bukak bakulnya dan menekan2 dgn jarinya setiap bungkusan yg ada. Pelan2 dia bukak sikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Nak tau aper yg berlaku?????????? ..... .tenyata tempenya benar-benar .... belum menjadi !!!!!!!!!

Si Ibu ni pun terkedu seketika, dia tarik nafas dalam-dalam. Dia sudah mula kecewa pada Allah kerana doanya tak dikabulkan. Dia mula rasa Allah tak adil. Allah tak kesian padanya sedangkan dia hidup cuma dgn hasil jualan tempeje. Seterusnya, dia cuma duduk diam tanpa mempamerkan barang dagangannya sebab dia tau yg mana ada org nak beli tempe yang baru separuh jadi tuh.

Sementara tuh hari pun semakin petang dan pasar dah mulai sepi dengan pembeli. Dia tengok member2 yg sesama penjual tempe, tempe mereka dah hampir habis nak dijual. Dia tertunduk lesu seperti tak sanggup menghadapi kenyataan hidupnya hari itu. Dia pun termenung dgn rasa yg teramat kecewa. Dia tau yg hari tu dia takkan dpt pendapatan langsung.

Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita. "Bu...?! Maaf ya bu, saya mau tanya. Apakah ibu ada menjual tempe yang belum jadi? Dari tadi saya sudah keliling pasar mencarinya tapi masih belum jumpa,"

Seketika si ibu tadi terkesima lagi. Dia terkejut. Sebelum dia menjawab sapaan wanita kat depannya tu, dalam hati cepat2 dia berdoa "Ya Allah, saat ini aku tak mahu tempe lagi. Biarlah daganganku ini tetap seperti semula, Amin".

Tapi lepas tuh, dia masih tak berani lagi nak jawab kat wanita tuh. Dia fikir entah-entah masa dia tgh duduk2 termenung tadi, tempenya dah menjadi. Jadi masa tuh dia dalam keadaan ragu2 lagi nak jawab. "Camane nih?" Dia pikir. "Kalo aku kata ya, jangan-jangan tempeni dah jadi, sape tau mukjizat Tuhan?"

Lalu dia pun kembali berdoa dalam hatinya, "Ya, Tuhan, biarlah tempeku ini tak usah jadi tempelagi. Dah ada org yg nak beli. Ya Tuhan tolonglah aku kali ini. Dengarlah doaku ini..." ucapnya berkali-kali.

Sebelum dia menjawab wanita itu, dia pun bukak sikit daun penutupnya. Lalu apa yang dilihatnya saudara-saudari ????????? .... Ternyata memang benar tempenya ????????? .... belum jadi !!!!!!!!! Dia pun bersorak riang gumbira dalam hatinya. "Alhamdulillah", ucapnya.

Dipendekkan cite, wanita tu pun memborong habis semua tempenya yg belum menjadi tuh.
Sebelum wanita tu pergi, si ibu nih sempat jugak tanya wanita tuh kenapa nak beli tempe yang belum jadi. Rupa2nya, wanita tuh kata yg anaknya di England teringin tempedari desa.

Memandangkan tempenya tuh nak dikirimkan ke England, dia kenalah beli yg belum jadi lagi
supaya bila sampai di Englandnanti dah menjadi. Kalau kirim tempeyg dah jadi, nanti di sana tempe tuh dah tak elok lagi dan rasanya pun dah kurang sedap.

Begitulah alkisahnyer...
------------------------------------------------------------------------------------------------
Moral of the story ?
1. Kita sering memaksakan kehendak kita kepada Allah sewaktu berdoa, padahal sebenarnya
Allah lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan apa yg terbaik utk kita.
2. Sentiasalah berdoa dlm menjalani kehidupan seharian kita sbg hambaNya
yg lemah. Dan
jangan sekali-kali berputus asa terhadap apa yg dipinta. Percayalah bahawa Allah akanmengabulkan doa kita sesuai dengan rancanganNya yg mungkin di luar jangkaan kita. Hanya
kpd-Nya lah kita memohon & bertawakkal ...
3. Mari makan tempe utk kesihatan dan kecergasan .. tak caye tanya ler org2 Jawa ... (^0^)v

No comments:

Post a Comment